Inovasi Let-Gen 2.0 kini tiba!

14 Jan 2016: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, kerana dilapangkan masa bagi menghasilkan penambahbaikan inovasi terdahulu Let-Gen untuk VLE Frog. Sememangnya tahun 2015 yang baru berlalu amatlah padat bagi saya untuk buat sebarang nilaitambah terhadap Let-Gen, namun dalam tempoh dua minggu yang pertama dalam tahun 2016, saya berjaya menambah beberapa query dan custom view untuk menghasilkan modul-modul baharu dalam Let-Gen 2.0, antaranya Kad YesID, YesID Family, Google Maps API dan sebagainya.

Berikut adalah jadual banding beza Let-Gen 1.0 dengan versi terbaharu 2.0. Kita perlu tahu apa beza dahulu dengan sekarang, baru excited hendak tahu lanjut, betul tak? 

  versi 1.0versi 2.0
Tahun dibina 2014 2016
Surat edaran murid
Surat edaran ibu bapa
Surat edaran guru
*Cetak sendiri surat
Admin Frog cetak surat
Kad YesID murid
*Cetak sendiri Kad YesID
Admin Frog cetak Kad YesID
Logo sekolah di surat edaran
YesID Family
*Cetak sendiri YesID Family
Admin Frog cetak YesID Family
Google Maps API
Eksport PDF
Emel data YesID
Responsive
Versi Android/iOS

*Cetak sendiri oleh sama ada murid, ibu bapa atau guru

Ok, daripada jadual banding beza di atas ni, kita sebenarnya boleh ramal, apa tujuan sebenar Let-Gen 2.0 ini. Tujuannya tetap sama, untuk membantu Admin Frog VLE sekolah dalam mentadbir urus YesID dan Password murid, ibubapa dan guru. Tidak dinafikan ramai juga blogger-blogger di luar sana yang sama-sama berusaha untuk membantu memudahkan urusan ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Pelbagai cara diketengahkan, antara yang paling popular adalah Mail Merge. Umum mengetahui data yang kita eksport dari dashboard Admin  Frog adalah dalam format Excel, jadi kaedah termudah (jika sudah biasa dengan mailmerge), adalah menggunakan teknik mailmerge , menggabungjalin dua aplikasi asas, Ms Excel dan Ms Word. Saya tidak perlu terangkan bagaimana kaedahnya, sebab sudah ramai blogger yang berkongsi kaedah mailmerge. Kalau di sekolah, yang pakar mailmerge ni biasa ada di pejabat, tukang yang buat claim perjalanan cikgu-cikgu. Siapa ya, hehe. Biasanya abang atau kakak kerani yang tugasnya urus claim TNT, dia akan buat kaedah mailmerge sewaktu menaip baucer bayaran. Saya sendiri terkejut bila tau mamat ni (kerani sekolah lama), dia gunakan mailmerge untuk cetak baucer bayaran. Pergh... tu kerani beb. Hehe.

Oklah, straight to the point. Tujuan artikel ni hendak berkongsi tatacara penggunaan Let-Gen 2.0. Dalam versi terdahulu, saya tidak pula buat tatacara begini, saya cuma berkongsi kaedah jadikan Excel kepada MySQL dan manipulasi data tersebut dalam PHPMyAdmin.

Bagaimana hendak membuka link Let-Gen 2.0?

1. URL direct kepada Let-Gen 2.0 ini adalah http://letgen2.inovasifrogvle.teknologihijau.net.

Bagaimana hendak embed Let-Gen 2.0 dalam blog, portal, website, dashboard sekolah

1. Bergantung kepada widget masing-masing. Yang penting url di atas, manipulasilah mengikut keperluan embed tersebut.

2. Gambar di bawah adalah setting asas embed dalam dashboard / site sekolah.

Ok, dapat idea tak macam mana hendak embed ni masuk blog, portal, website sekolah? Sama sahaja konsep nya, You paste link, and you modify the attributes, height, width blabla. Kalau nak buka direct link ke Sistem Let-Gen 2.0 itu sendiri pon boleh, paparan dia lain sikit (responsive), berbanding jika embed (bergantung juga kepada embed width).

Ini paparan jika direct link Let-Gen 2.0 dibuka. Untuk urusan mencetak surat, kad yesid dan sebagainya, dinasihatkan bolehlah guna paparan fullscreen ini berbanding embed. Bukan apa, senang sikit nak tengok menu-menu, kadang-kadang website yang kita embed, kita tak berapa nak nampak menu-menu lain.

Ini paparan jika direct link Let-Gen 2.0 dibuka menggunakan telefon pintar. Paparan Let-Gen 2.0 adalah responsive, mengikut orientation peranti yang digunakan. Ciri responsive ini membolehkan saya untuk membangunkan Let-Gen 2.0 dalam bentuk apps android pula, supaya dapat dipasarkan di Google Play Store secara percuma.

Boleh tunjuk demonstrasi sedikit Let-Gen 2.0 ini?

1. Kami menyediakan demo id dan password di modul sebelah kiri kanan artikel ini. 

2. Skrol ke atas untuk melihat Let-Gen yang diembed, ATAU klik LINK INI untuk buka demo Let-Gen ATAU buka sahaja direct link http://letgen2.inovasifrogvle.teknologihijau.net di mana-mana peranti yang mempunyai sambungan Internet.

Demo carian YesID murid dan ibubapa

1. Klik imej MURID untuk mencari maklumat YesID murid dan ibu bapa.

2. Klik butang dengan imej kanta dan huruf A (jika Let-Gen dibuka menggunakan komputer/PC).

3. Masukkan salah satu medan sama ada NoIC Murid, surat beranak, NoIC Bapa atau NoIC Ibu. Semua contoh NoIC ada di modul sebelah kiri kanan artikel ini. Tekan Cari.

4. Hasil carian dipaparkan seperti di atas. Lalukan cursor pada 3 jalur di bawah, sistem akan memaparkan menu:

  • Papar data (lihat data murid seperti no surat beranak, alamat, maklumat login YesID dan Password)
  • Kad YesID (mencetak kad yesid untuk murid ini seorang sahaja)
  • Surat YesID (mencetak surat yesid untuk murid ini seorang sahaja)
  • Surat Ibubapa (mencetak surat yesid untuk ibubapa murid ini sahaja)
  • YesID Family (mencetak maklumat login satu keluarga walaupun adik beradik BERLAINAN SEKOLAH)

 

5. Dalam menu Papar Data, terdapat 4 tab di bahagian atas, iaitu:

  • Info Murid (jika alamat murid betul, ia akan dipetakan dalam format Google Maps).
  • YesID Murid (mengandungi YesID dan Password murid)
  • YesID Bapa (mengandungi YesID dan Password bapa)
  • YesID Ibu (mengandungi YesID dan Password ibu)

 Tadi kata ada YesID Family? Pakej ke apa benda tu?

 

1. Perhatikan dua jenis cetakan YesID Family di atas, Kiri dan Kanan. Kiri dicetak oleh penyelaras Frog sekolah (mesti kes terlebih rajin ni, sebab dah mudah sangat dah Let-Gen ni, klik sahaja..siap...klik sahaja...siap..hehe), manakala Kanan dicetak oleh ibu bapa sendiri di menu Dashboard Pelawat (tanpa login).

2. YesID Family merujuk kepada YesID seisi keluarga. Satu keluarga dalam satu kad/kertas untuk dicetak.

3. Sebelah kiri: Hanya mencetak 2 orang anak di sekolah A yang sama, Admin sekolah yang login hanya akan nampak rekod adik beradik melebihi seorang di sekolahnya.

4. Sebelah kanan: 4 orang anak dicetak. 2 dari sekolah A, seorang dari sekolah B dan seorang lagi dari sekolah C. Dengan primary key NoIC bapa atau NoIC ibu, maklumat login YesID anak-anak tidak kira di mana mereka bersekolah akan dicetak. Tetapi, dengan syarat, HANYA DAN JIKA SEKOLAH A, B DAN C menggunakan perkhidmatan Let-Gen 2.0 ini. Menarik bukan...  



Setting Maklumat Asas sekolah dalam Let-Gen 2.0

 

 

 1. Klik imej SEKOLAH untuk mencari maklumat sekolah. Pastikan anda login terlebih dahulu menggunakan LoginID dan Password yang akan diberi (setelah kami memproses tempahan).

  • Let-Gen 2.0 ini dibuka SECARA PERCUMA untuk tempoh promosi 3 bulan dari 16 Jan 2016-15 April 2016 TAHUN 2017. Klik SINI untuk menempah Let-Gen 2.0.
  • Pendaftaran setelah tempoh itu dikenakan kos Daftar Baru serendah RM50 RM20 (juga harga promosi sehingga 31 Julai 2016).
  • Kos untuk Ganti Data adalah serendah RM10. Gantian data dalam tempoh promosi adalah percuma. Setiap data akan diproses mengikut konsep first come first serve basis.

2. Anda boleh cuba-cuba login sebagai KodSekolah : ABC1234 dan Password : 12345678. Ini adalah maklumat untuk tujuan demo sistem.

 

3. Setelah klik imej sekolah, paparan di atas akan muncul, dengan 4 menu:

  • Info Sekolah (kemaskini maklumat asas sekolah seperti URL 1Bestarinet dan logo sekolah
  • Senarai Guru (lihat senarai guru)
  • Surat Guru (cetak surat SEMUA GURU)
  • Senarai Kelas (lihat senarai kelas)

4. Penyelaras/Admin Frog VLE sekolah hanya perlu mengemaskini Info Sekolah sekali untuk tempoh yang panjang (mungkin sehingga Pengetua atau Guru Besar bersara, kerana terpaksa menukar nama PGB di surat edaran).

5. Dalam menu Info Sekolah, klik Edit untuk mengemaskini maklumat seperti:

  • Poskod
  • Bandar
  • Negeri
  • Telefon
  • Faks
  • Nama Pengetua/Guru Besar
  • Jawatan
  • URL 1BestariNet
  • Logo sekolah (format jpg, png, gif, bmp di bawah 2MB) 

6. Maklumat di atas digunakan dalam kepala surat edaran frog vle untuk murid, ibubapa dan guru serta dalam kad yesid, dan yesid family. 

7. Tatacara muatnaik logo:

 

 

  • Pergi ke tab logo sekolah
  • Browse fail logo sekolah
  • Muat naik. Jika butang Start tak automatik, sila tekan start
  • Jangan lupa tekan Simpan

8. Let-Gen 2.0 sudah ready untuk digunakan. Nama murid? Nama guru? Tak payah ler nak taip, nak saja buat kerja tindih dua tiga kali ye tak. Data murid, guru akan diimport dari fail excel yang tuan puan akan attach nanti der.... OK, harap clear. Itu sahaja setting Let-Gen.

Nak print macamana?

Ye tak ye, macamane nak guna Let-Gen jika idak tahu mana menunya ye dak... print macam biasa, tapi kena main margin untuk certain kes yang tak fit page. Surat Edaran should be no problem, Kad YesID kena main margin, dan setting. Sambung esok petang, udah ngantuk malam ni. Huaghhh..

A1. Mencetak Kad YesID menggunakan Google Chrome

1. Penyelaras Frog login dalam Let-Gen 2.0

2. Pilih menu Kelas, boleh dibuat melalui dua cara:

 

  1. Klik Sekolah> Kelas (imej sebelah kiri) ATAU
  2. Direct klik Kelas (imej sebelah kanan)
  • Sekiranya cara kedua tak papar senarai kelas secara keseluruhan, mungkin anda ada klik Sekolah>Kelas sebelum ini. 
  • Untuk mengelak masalah ini, gunakan cara pertama iaitu Klik Sekolah>Kelas>Pilih kelas

 

3. Dengan menggunakan cara 1 tadi, klik Kelas dalam Senarai Sekolah.

 

4. Pada row kelas yang ingin dipilih, klik Kad YesID. 

 

5. Sistem akan memapar jumlah Kad YesID berdasarkan jumlah bilangan pelajar dalam kelas yang dipilih. Tekan ikon Printer di atas.

6. Web browser sedang Preview Kad YesID. Anda perlu mencari menu Print di web browser anda. Jika anda menggunakan Google Chrome, ia berada di sebelah kanan atas browser anda.

 

7. Sekarang, adjust Custom Margins dalam Margins. Tarikh sempadan garis bawah ke atas supaya Kad YesID yang ke-empat, akan masuk ke kertas yang kedua. Bergantung kepada anda jika anda mahukan sehelai A4 ada 3 Kad atau 4 Kad. Saya sarankan satu A4 dalam 3 kad sebab kita akan kecilkan lagi sewaktu setting Pages Per Sheet nanti.

8. Pastikan anda berpuas hati dengan langkah 7 tadi, ini bermaksud saiz kad betul-betul cun dan masuk dalam kertas. Anda boleh tarik margin kiri dan kanan (tunggu video tutorial akan saya siapkan dalam minggu hadapan).

 

9. Sekarang adjust pula Pages Per Sheet. Dicadangkan Pages Per Sheet diset kepada nilai 4. Jika tidak jumpa menu Pages Per Sheet, biasanya anda perlu cari dahulu Print Using System Dialog sewaktu adjust margin taxi. Tekan Preferences.

10. Setkan Pages Per Sheet kepada 4. Suka diingatkan bahawa setting ini mungkin berbeza mengikut printer yang digunakan. Jika sudah set, tekan OK dan kemudian tekan Print.

11. Kad YesID ini jika anda bijak, anda boleh ubahsuai lebar dan tingginya sewaktu adjust margin dan set Pages Per Sheet supaya ia boleh menjadi penanda buku (bookmark).

 

A2. Mencetak Kad YesID menggunakan Firefox

 

// bersambung

 

 

 

B. Mencetak Surat Edaran Password dan YesID Guru

1. Klik ikon Sekolah dan Klik Surat Guru untuk mencetak SURAT UNTUK SEMUA GURU.

2. Untuk mencetak surat seseorang guru, boleh dilakukan sama ada melalui cikgu itu sendiri membuat Carian YesID di muka hadapan sistem (tanpa perlu login) ATAU melalui Penyelaras Frog VLE. Klik Senarai Guru dan klik Surat Guru.

 

3. Sebelum print, adjust custom margin supaya kandungan surat FIT DALAM SATU PAGE. Kandungan surat edaran telah dimurnikan daripada  versi terdahulu di mana HANYA SATU KERTAS sahaja untuk seorang guru. Versi asal daripada buku panduan penyelaras frog dan buku melibatkan 2 helai kertas digunakan untuk seorang guru.

4. TEKAN PRINT. 

C. Mencetak Surat Edaran Password dan YesID Murid dan Ibubapa

// bersambung 

Share

Comments   

 
0 #4 farizah 2016-04-12 20:24
dia kata some data invalid..
Quote
 
 
0 #3 farizah 2016-04-12 19:22
dh cuba tekan send tp keluar notification ckp tk boleh...huhu..
Quote
 
 
0 #2 Cikgu Faiz 2016-04-10 23:34
Quoting Farizah:
Assalamualaikum..maaf bertanya..saya berminat nak buat tempahan tapi saya tak faham macam mana nk isi ni :
Sebelum anda mengupload file excel YesID dan Password, sila REMOVE maklumat login Admin VLE Sekolah (buang row) untuk tujuan keselamatan. Simpan dan Upload. Jika tidak berbuat demikian, Pencipta Inovasi akan tolong buatkan.
Fail Excel dari Frog VLE * Upload fail Excel yang dieksport dari Login VLEAdmin Sekolah Choose File
Penafian *


wslm. cikgu farizah isi sahaja form tu, abaikan maklumat yg tidak difahami, nanti saya akan setkan untuk sekolah.
Quote
 
 
0 #1 Farizah 2016-04-10 16:10
Assalamualaikum ..maaf bertanya..saya berminat nak buat tempahan tapi saya tak faham macam mana nk isi ni :
Sebelum anda mengupload file excel YesID dan Password, sila REMOVE maklumat login Admin VLE Sekolah (buang row) untuk tujuan keselamatan. Simpan dan Upload. Jika tidak berbuat demikian, Pencipta Inovasi akan tolong buatkan.
Fail Excel dari Frog VLE * Upload fail Excel yang dieksport dari Login VLEAdmin Sekolah Choose File
Penafian *
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

Borang Login

001576385
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
711
1885
7007
1554261
42121
80401
1576385
IP Anda: 54.224.203.224
Masa Server: 2017-10-19 08:10:27

Siapa Online

We have 65 guests and no members online