Mengimport data murid dari APDM ke SPS

 Sememangnya kaedah ini lebih mudah, kerana tiada query perlu dibuat dalam Microsoft Access database. Saya terpaksa menerbitkan artikel ini kerana pada minggu ini, hampir setiap hari saya menerima SMS/Whatsapp bertanyakan perkara ini. Sepatutnya konsep pemindahan data dalam artikel saya terdahulu adalah copy paste Excel ke Excel sahaja. Ini bermaksud, jika guru menggunakan APDM sebagai data utama, jadi copy paste sahaja Excel APDM ke template CSV yang telah saya sediakan.

Baik, langkah pertama : Sila login masuk ke dalam laman sesawang APDM di alamat http://apdm.moe.gov.my. Gunakan akaun admin sekolah anda untuk tujuan mengeksport data murid dengan lengkap (termasuk alamat murid).

Setelah login, pergi ke menu Data Murid. Skrol ke bawah dan perhatikan pautan Klik sini untuk memohon keseluruhan data sekolah.

Tekan menu tersebut dan bukannya butang Muat Turun Excel yang terdapat di baris setiap kelas.

 

Setelah anda download data tersebut, cari dalam folder Download (bergantung kepada setting web browser anda) dan cari fail excel muatturun8_kodsekolah.xls. Fail excel tersebut mengandungi beberapa worksheet mengikut kelas dan mengandungi maklumat lengkap murid, ibubapa. 

Untuk menerbitkan artikel ini, saya menggunakan data yang diperolehi daripada Puan Nor Azah dari SK Taman Bersatu Simpang Pulai. Ini adalah kerana data SPS sekolah saya telah pun lengkap diimport dari SMM, jadi saya memerlukan data APDM sekolah lain untuk menunjukcara mengimport data APDM masuk ke SPS. Menggunakan konsep yang sama, copy paste excel APDM masuk template CSV.

Buka fail excel muatturun8_kodsekolah.xls tersebut. Sila semak nama kelas di dalam setiap worksheet yang terjana, data murid lengkap dan mengandungi alamat murid.

 

Langkah berikutnya adalah guru perlu download pula template csv yang telah disediakan dalam artikel terdahulu di sini -> http://www.teknologihijau.net/index.php/blog/manual-sps/38-import-data

Data contoh dari template csv boleh dipadam, dan gantikan data dengan fail excel APDM dari muatturun8_kodsekolah.xls. Anda dinasihatkan agar menyediakan satu fail csv untuk setiap kelas, dan sila cuba satu kelas terlebih dahulu. BERHATI-HATI dengan column I,J dan Z kerana KodDarjah perlu mengikut format SPS.


Lajur FromLevelCode dan ToLevelCode, sila setkan ikut ketentuan: 

AWAS!! Sila rujuk modul Pengurusan Maklumat Sekolah, dalam submodul Selenggara Tahun/Tingkatan Persekolahan untuk kepastian kod darjah. 

Untuk sekolah rendah, KODDARJAH (dalam lajur I,J,Z dalam template csv) ditentukan seperti berikut:

  • Tahun Enam = 70
  • Tahun Lima = 60
  • Tahun Empat = 50
  • Tahun Tiga = 40
  • Tahun Dua = 30
  • Tahun Satu = 20

Untuk sekolah menengah, KODDARJAH (dalam lajur I,J,Z dalam template csv) ditentukan seperti berikut:

  • Tingkatan Satu = 110
  • Tingkatan Dua = 120
  • Tingkatan Tiga = 130
  • Tingkatan Empat = 140
  • Tingkatan Lima = 150
  • Tingkatan Enam Bawah = 160
  • Tingkatan Enam Atas = 170

Murnikan data template csv dengan fail apdm anda dengan berhati-hati. Sekiranya ada lajur yang tidak matching dengan template csv seperti tarikh lahir, anda boleh mengubah atau menukar tarikh lahir tersebut melalui formula =DATEVALUE(sel-tarikh-lahir-apdm).

Apabila melihat format tarikh lahir dalam data APDM, didapati format tarikhnya adalah 30-0ct-01, dan tidak sama untuk format SPS. Apa yang perlu kita lakukan adalah mula-mula insert column baru sebelah Tarikh Lahir. Namakan column tersebut seperti ConvertTarikh (atau apa-apa jua), untuk menunjukkan tarikh yang akan kita convert. Klik sel di bawah nama medan ConvertTarikh sebentar tadi dan taip formula =DATEVALUE(E5) dan tekan ENTER.

Sekiranya anda dapati proses convert tadi tidak menepati format tarikh dd/mm/yyyy, kita lupa satu perkara. Ya, kita perlu format column baru iaitu ConvertTarikh tadi. Highlight column baru, klik kanan dan tekan Format Cell. Pastikan column ConvertTarikh disetkan Date dengan format dd/mm/yyyy.

Sekiranya tarikh telah berjaya diset format dd/mm/yyyy, drag sel pertama dalam column ConvertTarikh ke sel terbawah (teknik copy formula). Kemudian, HIGHLIGHT semua sel dalam column ConvertTarikh, COPY dan buka template csv yang sedang dimurnikan tadi, PASTE ke dalam colum TLAHIR. Sebelum PASTE, klik kanan dan PASTE SPECIAL. Pilih VALUE dan menu PASTE dan klik OK. Dengan ini, column TLAHIR telah selamat dicuci dengan data APDM.

Untuk proses import masuk SPS, sila rujuk artikel saya terdahulu di sini -> http://www.teknologihijau.net/index.php/blog/manual-sps/38-import-data

Sekiranya guru-guru ada permasalahan, boleh whatsapp sahaja saya di talian 012-5798753. Saya memang ada menerima upah untuk mengimport data APDM/SMM masuk SPS (enrolmen 500 pelajar ke bawah RM100, 1000 ke bawah RM200, 1500 ke bawah RM300)..... walaupun saya amat sibuk dengan tempahan-tempahan sistem sukan kejola excel, penyelenggaraan sistem rphonline dsb. Atas banyak permintaan segera lewat September 2014 ini, saya buka semula tempahan untuk mengepam data asas murid dari APDM/SMM ke SPS. First come first serve basis ya.

Azharul Faiz Zainal Abidin

PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer Virtual Desktop Infrastructure Lab VDI Thin Client/Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753

Share

Comments   

 
0 #9 HASREY 2014-11-09 13:01
Bagaimana saya hendak import beberapa orang murid yang tertinggal sahaja kerana saya telah mengambil Data yang mula2 daripada APDM masih belum update. Tetapi kini telah di update. Mohon jalan penyelesaian. TQVM atas bantuan anda.
Quote
 
 
-1 #8 talib 2014-09-10 11:39
assalam cikgu,

berkenaan 'Klik sini untuk memohon keseluruhan data sekolah.' status yg saya terima adalah belum dijana, masih apdm tidak keluarkan data untuk didownload, mcmana ya?
Quote
 
 
+2 #7 talib 2014-09-10 11:31
assalam cikgu..

selepas saya klik pada 'Klik sini untuk memohon keseluruhan data sekolah.', selepas itu tiada apa2 download yg keluar, mcmana ye?
Quote
 
 
0 #6 cg fazura 2014-02-25 11:47
slm..sy x jumpa pn kt mana template csv tu..minta bantuan. tq.
Quote
 
 
+1 #5 C.Hafiz 2014-02-20 16:57
:D assalam. terima kasih atas usaha murni ini,,, saya dah berjaya terima kasih banyakk

baru boleh :zzz :zzz :zzz
Quote
 
 
0 #4 Cikgu Faiz 2014-02-13 20:29
Quoting ariff:
assalam. nak tanya sikit...saya dah import dan keluar combobox yg menyatakan yg data .csv berjaya diimport tp bila saya masuk ke modul "penempatan murid secara manual" data tu xde....kenapa ye?

cek column seperti tarikh lahir. pastikan mengikut format dd/mm/yyyy
Quote
 
 
0 #3 Cikgu Faiz 2014-02-13 20:29
Quoting marlia:
salam cikgu..sy dah buat query smm..dah berjaya import data csv..tp bila check data tetap x masuk..knp yea..? harap cgu dpt membantu

cek column seperti tarikh lahir. pastikan mengikut format dd/mm/yyyy
Quote
 
 
0 #2 marlia 2014-02-11 10:30
salam cikgu..sy dah buat query smm..dah berjaya import data csv..tp bila check data tetap x masuk..knp yea..? harap cgu dpt membantu
Quote
 
 
+1 #1 ariff 2014-02-11 08:57
assalam. nak tanya sikit...saya dah import dan keluar combobox yg menyatakan yg data .csv berjaya diimport tp bila saya masuk ke modul "penempatan murid secara manual" data tu xde....kenapa ye?
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Temujanji Bersemuka

11 Okt 13 - SK Teluk Medan, Bagan Serai Perak

25 Okt 13 - SJK (C) Thong Wah, Bagan Serai Perak

29 Okt 13 - SMK Seri Kurau, Bagan Serai Perak

29 Okt 13 - SK Seri Permai, Balik Pulau, Pulau Pinang

1 Nov 13 - SK Jalan Baharu, Parit Buntar, Perak

23 Jan 14 - Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunong Semanggol, Perak

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

IT Freelancer

Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer VDI Lab
Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
azfaiz@gmail.com

Menerima jemputan sebagai penceramah SPS/Frog VLE/ICT/VDI Thin Client (Virtual Desktop Infrastructure)

Siapa Online

We have 47 guests and no members online