Bagaimana menggunakan EZCast untuk mirror handphone/tablet/surface/ipad ke projektor

Artikel ini saya mula usahakan selepas solat Jumaat sebentar tadi (30 September 2016), Jumaat terakhir dalam tahun Islam sebelum Awal Muharam pada hari Ahad ini. Saya rasakan amat perlu tips ini ditulis kerana banyak yang ingin menggunakan EZCast tetapi tidak tahu cara yang betul. Semoga artikel saya ini menjadi ILMU YANG DIMANFAATKAN oleh semua In Sha Allah.

Tidak mengapalah, saya curi sedikit masa berharga saya untuk menulis barang satu dua tips bagaimana hendak menggunakan EZCast untuk mirror device anda (baik handphone android, iOS, windows mahupun tablet android, ipad atau Windows Surface).

Read more: Bagaimana menggunakan EZCast untuk mirror handphone/tablet/surface/ipad ke projektor

Kaedah Mengawal Keynote App Mac dari iPad (Remote)

Alhamdulillah baru sahaja selesai pembentangan untuk Seminar Penyelidikan Pendidikan Darulaman (SEDAR2016) 28 September 2016. Lebih sedekad sejak saya KPLI di IPDA 2004, semalam kembali ke IPDA untuk membuat pembentangan penyelidikan. Tapi sebenarnya, tiap-tiap tahun saya kembali ke Darulaman ni sebab menyertai iCompex anjuran POLIMAS (sebelah IPDA), hehe...

Read more: Kaedah Mengawal Keynote App Mac dari iPad (Remote)

Sistem E-Filing PBPPP aka PBPPP Record Management System

PBPPP merujuk kepada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Baru-baru ini, timbul kelegaan guru-guru hampir seluruh Malaysia kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewartakan bahawa tiada arahan fail PBPPP diwujudkan. 

Read more: Sistem E-Filing PBPPP aka PBPPP Record Management System

Inovasi Let-Gen 2.0 kini tiba!

14 Jan 2016: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, kerana dilapangkan masa bagi menghasilkan penambahbaikan inovasi terdahulu Let-Gen untuk VLE Frog. Sememangnya tahun 2015 yang baru berlalu amatlah padat bagi saya untuk buat sebarang nilaitambah terhadap Let-Gen, namun dalam tempoh dua minggu yang pertama dalam tahun 2016, saya berjaya menambah beberapa query dan custom view untuk menghasilkan modul-modul baharu dalam Let-Gen 2.0, antaranya Kad YesID, YesID Family, Google Maps API dan sebagainya.

Saya minat hendak tahu lebih lanjut! Inovasi Let-Gen 2.0 kini tiba!

Pengalaman Temuduga HLP (Ihsan Sare Sensei)

Sekadar perkongsian pengalaman@ilmu..

Tips nak dapatkan Hadiah Latihan Persekutuan@HLP..

Alhamdulillah, sepanjang berkhidmat dlm perguruan dlm masa 10 thn, sy dh dapat 2 kali HLP.. syukur kedua2nya hanya dgn 1 kali permohonan dan 1 kali hadir temuduga. Yg pertama HLP belajar di luar negara, yang kedua HLP belajar di dalam negara.

Di sini, sy ingin kongsikan tips dan cadangan ke arah memudahkan permohonan cikgu2 dlm mendapatkan HLP atau Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB). Ingin saya maklumkan awal, saya bukanlah insan yg sempurna atau pakar dlm selok belok HLP ini, akan tetapi, sy berasa terpanggil utk berkongsi dgn rakan2 guru yg teringin untuk sambung belajar melalui HLP..inshaAllah semoga tips ini memberikan manfaat buat cikgu2..ikhlas drpd sy.

Read more: Pengalaman Temuduga HLP (Ihsan Sare Sensei)

Kursus Persediaan (Intervensi) HLP dan CBBPTB 2 Minggu

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam Perak Aman Jaya.

Alhamdulillah. Hari ini 30 November 2014. Ahad. Cuti. Ya..memang pun hari Ahad cuti. Tapi tidak pada kami yang sedang mengikuti Kursus Persediaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Tahun 2015. Sudah seminggu kami seramai 227 orang berada di sini. Kursus intervensi HLP ini bermula dari 24 November 2014 hingga 7 Disember 2014. Pusat Latihan UiTM Tanjung Tualang, Kampung Gajah Perak. Banyak yang tidak tahu di mana tempat ini, dicari dalam Google Maps, tak berapa nak jumpa. Nasib baik dalam Waze ada kan...Garmin saya pun ada, cuma keyword untuk mencari POI (Point Of Interest) kenalah tepat. Baiklah, di sini saya letakkan peta Pusat Latihan UiTM Tanjung Tualang.

Read more: Kursus Persediaan (Intervensi) HLP dan CBBPTB 2 Minggu

Semakan Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2015

Alhamdulillah. Tanggal 30 Oktober 2014 merupakan tarikh yang amat bermakna. Minggu ini merupakan satu-satunya minggu yang mencemaskan kerana laman web KPM menyatakan bahawa keputusan temuduga HLP dijangka akan diwarwar dalam minggu ini.

Permohonan kali kedua akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Dapat tahu keputusan temuduga pada pukul 8.10 pagi tadi. Pukul 9.15 saya ke surau sekolah dan buat sedikit sujud kesyukuran. Saya ada kelas pukul 8.10-9.10. Sebab tu, terlewat sikit :p

Tapi macam ralat sikit, data daripada sistem tu masih banyak tertulis Ambilan Tahun 2014. Nanti pihak pembangun sistem akan kemaskinilah tu ye :)

Saya akan kongsikan tips-tips bagaimana untuk memohon, mendapatkan temuduga HLP dan seterusnya berjaya dalam temuduga tersebut.

Pengalaman Temuduga HLP 2015

Tanggal 22 September 2014. Hari yang amat bermakna buat diri saya. Peluang kedua yang menjelma. Peluang pertama adalah pada tahun 2009. Gagal. Selepas itu tidak pernah memohon lagi HLP. Hinggalah pada tahun 2014. Terdetik hati untuk memohon semula. Alhamdulillah dipanggil temuduga HLP.

Saya akan berkongsi pengalaman temuduga (interview) HLP saya di sini. Akan update kemudian. Banyak tugas tertangguh hari ini....

Read more: Pengalaman Temuduga HLP 2015

Inovasi Let-Gen Frog VLE

Setelah hampir tiga (3) tahun Frog VLE dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, pada tahun ini saya terpanggil untuk mencipta satu inovasi yang bagi saya, ia cukup mudah dan dapat membantu pengurusan Frog VLE di sekolah-sekolah. Kita umum mengetahui bahawa pangkalan data NSMI 1BestariNet diambil dari pangkalan data APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid). Pihak berkenaan kemudian menjana YES ID dan Password untuk semua klien mereka.

Apabila VLE Admin sekolah-sekolah login masuk ke Dashboard sekolah, dan taip USER pada kotak carian, Admin akan dapat mengakses pangkalan data NSMI tersebut. NSMI merujuk kepada National Students Master Index. Setelah paparan nama pelajar dibuka, klik Butang Eksport untuk mengeksport DATA TERKINI password Frog VLE tersebut ke format Excel.

Read more: Inovasi Let-Gen Frog VLE

Sistem RPH Online

Sistem ini dibangunkan menggunakan Pretext Hyper Processor (PHP) sebagai bahasa pengaturcaraan, dan MySQL sebagai pangkalan data.

Read more: Sistem RPH Online

Sistem Guru Penyayang

Guru Penyayang yang mula diperkenal di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2012 sememangnya menambah beban tugas guru. Borang instrumen perlu dicetak dan diagihkan kepada sekelompok murid yang bertuah untuk mengisi borang tersebut.

Read more: Sistem Guru Penyayang

Sistem Kejola Excel

Sistem Kejohanan Olahraga Tahunan (Kejola-X) versi DEMO dibangunkan menggunakan Microsoft Excel 2007. Sistem ini tidak diuji ke atas conversion fail ke Microsoft Excel 2003. 

Read more: Sistem Kejola Excel

Multimedia Biodata Persaraan

"Hasilan video persaraan ini adalah merupakan salah satu yang terbaik pernah saya tonton" - akbarzahidi

"Bila ada guru bersara sayalah pembina persembahan tapi tak sehebat ini" - Makbonda Hasimah bt Zailani

Template Multimedia Persaraan. Boleh dijadikan contoh untuk para penggiat multimedia seantero Malaysia. Jalan cerita yang diketengahkan dalam papan cerita (storyboard) amat menarik. Video yang menggunakan suara pencerita (narrator) seiring dengan video khas yang disunting. Terbaik dalam kelasnya. 

Read more: Multimedia Biodata Persaraan

Banner Promosi Prasekolah Perak Berkualiti

Perkhidmatan merekabentuk banner/bunting untuk kegunaan sekolah/agensi. Kualiti PVC/terpaulin/banner/fabric/sintetik.

Read more: Banner Promosi Prasekolah Perak Berkualiti

Backdrop Beranimasi

Backdrop Anugerah Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak 2008 yang dibuat pada 20 Februari 2009 di UTP Tronoh. Menggunakan flash sebagai animasi asas, diconvert ke video, dan diedit dalam Ulead Video Studio untuk final mpg.

Read more: Backdrop Beranimasi

Bagaimana membuat tempahan sistem guru penyayang

Sekiranya anda menerima emel promosi daripada pihak kami dan anda berminat untuk mendapatkan kuota 20 sekolah pertama, artikel ini mungkin dapat membantu pihak sekolah untuk membuat tempahan sistem guru penyayang.

Read more: Bagaimana membuat tempahan sistem guru penyayang

VLE Frog: Widget Info Guru Bertugas Mingguan untuk dashboard sekolah

image

Kami menyediakan beberapa skrip interaktif dijana daripada Javascript, dan bahasa pengaturcaraan PHP. Widget yang boleh ditambah untuk dashboard sekolah adalah seperti Widget Info Guru Bertugas Mingguan. Widget ini boleh digunakan dalam dashboard sekolah melalui Widget Embed Website. Sekolah-sekolah yang berminat untuk mendapatkan link untuk widget ini boleh membuat tempahan di sini. KLIK SINI untuk melihat demo Info Guru Bertugas Mingguan.

Subcategories

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

Borang Login

000762126
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
535
3306
17485
723575
535
113381
762126
Alamat IP: 54.91.18.51
Masa Server: 2016-10-01 04:15:04

Siapa Online

We have 26 guests and no members online