Pencerapan PdPc Pembelajaran Abad ke-21 (PA21)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana telah mempermudahkan urusan pencerapan saya pada 20 Jun 2017 yang lalu. Ditempatkan semula (reposting cuti belajar Hadiah Latihan Persekutuan HLP) di SJKC tidak mematikan semangat saya, malah saya buktikan bahawa pengalaman mengajar 11 tahun yang lalu boleh diaplikasikan di sekolah saya yang terkini.

Teknik Digital Ink versi Apple juga diaplikasikan. Menggunakan Keynote, dan mengawal slide keynote daripada Ipad memudahkan sesi pemulaan (set induksi) dalam PdPc. (rujukan berkaitan teknik mirror menggunakan keynote boleh diakses di Kaedah Mengawal Keynote App Mac dari iPad (Remote).

Gallery Walk juga digunakan untuk tujuan pembelajaran secara koperatif murid-murid. Terdapat empat (4) stesen Gallery Walk. Kumpulan juga diagih kepada empat (4), berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid. Setiap kumpulan adalah sama kuat, tiada beza yang ketara dari segi pencapaian murid.

Untuk penilaian, aplikasi Plickers digunakan untuk menilai penerimaan murid terhadap objektif pembelajaran. Kriteria kejayaan juga dibuat berdasarkan penilaian menggunakan aplikasi Plickers ini.

Di sini saya sertakan RPH ringkas saya semasa dicerap. Tak ler tulis panjang-panjang. Apa yang ditulis dalam RPH, itulah yang dibuat. Mengajar Unit 9 Safety Issues Bahasa Inggeris Tahun 5 SJKC. Ambil yang mudah nak capai objektif, jangan pilih yang susah-susah, hehe.

Template RPH di atas saya gunakan Sistem RPH Online (http://rphonline.teknologihijau.net). Sistem ini diiktiraf sebagai inovasi setelah meraih beberapa Pingat Emas/Perak/Gangsa di persada antarabangsa mahupun kebangsaan. Meskipun dibangunkan pada 2012, setiap tahun penambahbaikan dibuat bersesuaian dengan kehendak semasa RPH (selari dengan SPI Bil 3/99). Format terbaharu mengikut SKPMG2 akan dibangunkan dalam versi 4.0 (setelah saya menamatkan pengajian Master saya ya, sekarang ni masih menulis Bab4 dan 5. Tajuk master saya berkaitan Inovasi Let-Gen 2.0).

Oklah, berbalik kepada cerita PdPc. Pencerapan saya dimulakan tepat jam 12.40 tengahari dan berakhir jam 1.40 tengahari (kelas 1 jam). Saya memilih Tahun 5B, dengan subjek Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana mereka lebih memahami cara saya mengajar (mereka pula sememangnya murid yang aktif dalam kelas), berbanding murid Tahun 1 (juga subjek Bahasa Inggeris). Guru bangsa Melayu jika mengajar di SJKC, hanya 4 subjek sahaja yang boleh diajar (BM, BI, PJK dan DSV). Jadi tiada pilihan, saya memilih subjek BI (walaupun opsyen dominan saya Matematik SK).

Set Induksi (2 minit)

Menayangkan video persembahan murid Tahun 5M sempena sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah. Video asal dalam 3 minit sahaja, tetapi tayangan hanya 15 saat.

Selepas 15 saat, video akan terhenti dan guru bertanya beberapa soalan berkaitan video. Guru menggunakan teknik Digital Ink untuk menconteng paparan video (lihat rajah di atas sekali dalam artikel ini).

Selepas itu, guru memberitahu secara tidak langsung Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan seperti tercatat di papan hitam.

Tayangan Slaid (3 minit)

Slot ini tak lama, dengan 8 slaid sahaja disediakan. Tak silap saya, saya cuma setelkan slaid tak sampai 4 minit. Kenapa sekejap sangat? Sebab saya peruntukkan masa lebih untuk aktiviti berkumpulan (20 minit), dan juga aktiviti penilaian menggunakan Plickers (20 minit).

 

Pembahagian Kumpulan dan Taklimat (5 minit)

Kumpulan dibahagikan mengikut keupayaan pencapaian akademik mereka. Murid yang pandai tidak akan dibahagi ke dalam satu kumpulan yang sama untuk mengelakkan bias dalam prestasi kumpulan dalam Gallery Walk nanti.

 

Gambar di atas adalah pencapaian murid mengikut ranking. Setiap kumpulan ada 5 orang ahli dan kumpulan dibahagi kepada 4. Maka 4 orang murid ranking teratas akan memulakan cabutan undi (straw biasa, dengan label tertutup 1,2,3,4). 

Setelah murid-murid dibahagi dan duduk dalam kumpulan masing-masing, guru memberikan taklimat ringkas berkaitan Gallery Walk. Gallery Walk ada 4 stesen:

  • Stesen 1: Isi tempat kosong (Tahap kesukaran: Senang)
  • Stesen 2: Bina ayat (Tahap kesukaran: Sederhana)
  • Stesen 3: Teka Silang Kata (Tahap kesukaran: Susah)
  • Stesen 4: Susun gambar (Tahap kesukaran: Senang)

Gallery Walk (20 minit) - Tips: Sediakan setiap stesen sebelum PdPc berlangsung

Stesen 1: Isi tempat kosong (Tahap kesukaran: Senang)

Arahan: Murid diminta mengisi tempat kosong menggunakan perkataan between, next to atau beside.

 

Stesen 2: Bina ayat (Tahap kesukaran: Sederhana)

Arahan: Murid diminta membina ayat menggunakan perkataan berpandu (guided writing).

  

 

Stesen 3Teka Silang Kata (Tahap kesukaran: Susah)

Arahan: Murid melengkapkan teka silang kata berdasarkan Fruits Market.

  

 

Stesen 4Susun gambar (Tahap kesukaran: Senang)

Arahan: Murid diminta menyusun gambar mengikut arahan yang diletakkan dalam sampul surat yang dipilih di hadapan kelas.

  

Penilaian menggunakan App Plickers (20 minit) - Tips: Memerlukan talian Internet

Sebelum penilaian: Murid mengambil kad plickers masing-masing.

  

Semasa penilaian: Guru mengimbas jawapan murid menggunakan telefon pintar (app Plickers)

  

Selepas penilaian: Markah murid ditayangkan

  

Panduan memulakan app Plickers menggunakan telefon pintar

  

Penutup (10 minit) 

Murid menjawab lembaran kerja secara individu. Dua orang murid, Ng Boon Lai dan Ng Li Hong yang tidak mencapai Kriteria Kejayaan (markah Plickers tidak mencapai 50%) mendapat bimbingan guru untuk menjawab lembaran kerja ini.

  

// Catatan selepas pencerapan

Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya dokumentasikan melalui platform maya ini. Saya juga perlu merekodkan video di atas (akan dibuat untuk pencerapan kali kedua September) dan sedikit pelaporan berbentuk MsWord. Namun itu bukan isu utama. Isunya di sini, adakah murid menjadi Pembelajar Aktif setelah kita merancang semuanya.

Perancangan yang dibuat juga mengambil kira kemudahan prasarana dan pengetahuan sedia ada murid. Murid dianggap telah mengetahui vocabulary fruits dan animals. Prasarana di sekolah alhamdulillah, amat baik. Setiap kelas ada LCD projektor, dan dilengkapi teknologi mirroring SWIPE (wePresent 1500). Namun, saya telah mengubahsuai port LCD projektor sewaktu pencerapan (menggunakan HDMI, kabel thunderbolt HDMI) berbanding kabel VGA Swipe.

  

Kenapa menggunakan Plickers?

  • Murid tidak menggunakan device (chromebook/netbook)
  • Hanya guru menggunakan device (laptop/smartphone)
  • Rangkaian Internet sekolah belum diperluas ke bangunan sekolah. Guru menggunakan data sendiri untuk tujuan PdPc ini. (Plickers memerlukan Internet untuk berfungsi)
  • Plickers adalah tool ICT untuk menilai PdPc secara tidak langsung

Sumber rujukan utama sebelum pencerapan:

  • Buku Cikgu Hailmi (Pembelajaran Abad 21): Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja. Siapa nak tempah buku ini, boleh order daripada saya juga (ejen Perak). WHATSAPP 0125798753 (Cikgu Faiz) atau ISI FORM INI. Stok banyak lagi, baru re-stock.
  • Geng Pembikin Modul Multimedia (yang ohsem) untuk PdPc Pembelajaran Abad 21 (Cikgu Aman, Cikgu KZ, Cikgu Zafarul, Cikgu Saffuan, Cikgu Zainal, Cikgu Mohsen, Cikgu Rosmin, Kak Saripah MOZAC, Kak Roaimah serta tidak dilupakan Kak Wanie, Bro Badrul)

* Scan kod QR di atas untuk membaca artikel ini dalam laman web (jika anda membaca artikel ini secara hard copy)

Catatan malam raya. Selamat hari raya Aidilfitri 2017. Maaf Zahir Batin.

Cikgu Faiz, 12:02am

Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

Borang Login

001417140
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
3017
2947
10233
1390124
40072
62950
1417140
IP Anda: 54.80.70.8
Masa Server: 2017-08-17 23:15:54

Siapa Online

We have 21 guests and no members online