Inovasi Let-Gen Frog VLE

Setelah hampir tiga (3) tahun Frog VLE dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, pada tahun ini saya terpanggil untuk mencipta satu inovasi yang bagi saya, ia cukup mudah dan dapat membantu pengurusan Frog VLE di sekolah-sekolah. Kita umum mengetahui bahawa pangkalan data NSMI 1BestariNet diambil dari pangkalan data APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid). Pihak berkenaan kemudian menjana YES ID dan Password untuk semua klien mereka.

Apabila VLE Admin sekolah-sekolah login masuk ke Dashboard sekolah, dan taip USER pada kotak carian, Admin akan dapat mengakses pangkalan data NSMI tersebut. NSMI merujuk kepada National Students Master Index. Setelah paparan nama pelajar dibuka, klik Butang Eksport untuk mengeksport DATA TERKINI password Frog VLE tersebut ke format Excel.


Ini adalah paparan senarai pengguna Frog VLE sekolah. Pihak HELPDESK Frogasia/YTL telah menyediakan butang eksport untuk kita senang memanipulasi data tersebut. Dengan adanya fail excel tersebut, saya mula memikirkan kaedah untuk membangunkan surat edaran akaun YES ID dan Password kepada ibu bapa, murid mahupun warga guru.

 

Untuk mengakses ke pautan inovasi Let-Gen (diberi nama sempena Letter Generator), sila layari http://www.skjalanbaharu.edu.my/index.php/sistem/frog-vle/letgen atau di http://letgen.inovasifrogvle.teknologihijau.net/cari_pelajar.php.

Untuk demonstrasi, sila masukkan salah satu daripada maklumat berikut ke dalam kotak carian:

  • No Kad Pengenalan Pelajar : 070918XXYYYY
  • No Surat Beranak : BV12345
  • No Kad Pengenalan Bapa : 780105XXYYYY
  • No Kad Pengenalan Ibu : 810907XXYYYY

 

Setelah memasukkan salah satu daripada medan di atas, tekan butang [CARI]. Sistem akan memaparkan maklumat akaun YES ID Pelajar (setelah data NSMI 1Bestarinet dieksport keluar untuk tujuan Let-Gen). Sekiranya anda membuat carian nama pelajar anda, jangan terkejut sekiranya sistem tidak memaparkan akaun pelajar tersebut.

Inovasi Let-Gen ini mengambil data eksport dari akaun VLE Admin Frog sekolah masing-masing. Setelah mengeksport data, anda perlu emelkan kepada saya untuk saya proses data tersebut sebagai format MySQL untuk digunakan dalam Inovasi Let-Gen ini.

Sekiranya data telah wujud dalam database Let-Gen, sistem akan memapar rekod pengguna Frog VLE. Terdapat menu Surat Edaran Pelajar dan Surat Edaran Ibu Bapa di sebelah bawah rekod. Klik untuk membuka surat edaran tersebut. Untuk makluman, isi kandungan surat tersebut 99.5% sama dengan Surat Edaran di dalam Buku Panduan Frog VLE di sekolah masing-masing.

 

Contoh Surat Edaran Pelajar cetakan Inovasi Let-Gen. Tekan Cetak Surat Ini untuk mencetak surat. Proses yang sama digunakan untuk mencetak Surat Edaran Ibu Bapa. Jangan lupa untuk cari fungsi cetak (Control+P) sewaktu hendak mencetak surat pelajar ataupun ibu bapa.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Inovasi Let-Gen ini, sila isikan Borang Permohonan Online Inovasi Let-Gen di SINI. Sukacita saya ingin kongsikan inovasi ini dengan semua sekolah di Malaysia; dengan syarat data Excel hasil eksport dari login akaun Frog VLE dihantar kepada saya untuk saya tempatkan di server http://www.skjalanbaharu.edu.my di server http://letgen.inovasifrogvle.teknologihijau.net/cari_pelajar.php. Data tersebut tidak akan saya manipulasi untuk tujuan lain, kerana saya juga memegang amanah menyimpan rahsia data Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk tujuan Sistem E-Prestasi JPN Negeri Perak. Untuk makluman, Sistem E-Prestasi tersebut dibangunkan sendiri oleh saya sebagai sumbangan untuk JPN Negeri Perak.

AA

Wajah asal Sistem E-Prestasi (Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT) yang disumbangkan untuk Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada tahun 2009.

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2014. Selamat Hari Guru 16 Mei 2014. Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Mari bersama-sama menggunakan "Inovasi Let-Gen untuk Frog VLE".


Gambar diambil sewaktu menjadi Penceramah Luar di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi dengan skop "Membangunkan Coding untuk Sistem PHP dan MySQL"

Azharul Faiz bin Zainal Abidin
PPPS DG44
SK Jalan Baharu 34200 Parit Buntar Perak
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif JPN Perak 2015
* Kini sedang bercuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa (Penerima HLP 2015)

* Menerima jemputan sebagai Penceramah Luar untuk semua kemahiran ICT termasuk Pengaturcaraan Android dan iOS. Cikgu Faiz antara peserta kursus Iconapps: Icon3 Apps Android dan iOS anjuran Multimedia Development Corporation (MDeC). Whatsapp 012-5798753

14 Januari 2016: Artikel ini sudah obsolete, namun ideanya masih sama. Let-Gen 2.0 kini sudah tiba dengan modul-modul baharu seperti Kad YesID, YesID Family, Google Maps API dan sebagainya. KLIK SINI untuk mengetahui apa itu Let-Gen 2.0. Sila klik imej di bawah untuk tempahan inovasi Let-Gen 2.0:

Share

Comments   

 
0 #1 Mohd Naqiuddin B. Gh 2015-03-05 20:26
Assalamualaikum Tuan. Saya seperti nama di atas dari SK Kantan Permai, Kajang..seorang guru merangkap Admin 2 di sekolah. Saya amat berminat berkenaan coding2 programming. Sehubungan dengan itu, bagaimanakah caranya sekiranya saya ingin mendalami dan menguasai aturcara berkenaan?tqvm :-)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded [code]Read more...[/code]

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

IT Freelancer

Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer VDI Lab
Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
azfaiz@gmail.com

Menerima jemputan sebagai penceramah SPS/Frog VLE/ICT/VDI Thin Client (Virtual Desktop Infrastructure)

Siapa Online

We have 36 guests and no members online

Apa itu Let-Gen?

Let-Gen memudahkan Admin Frog VLE

Testimoni Let-Gen