Menjana jadual waktu

Setelah kita tetapkan semua kriteria yang diingini, baik melalui card relationship atau setting parameter atau detail setiap guru, kita telah bersedia untuk menjana jadual waktu. Sebelum jadual waktu dijana seeloknya kita Test Timetable tersebut terlebih dahulu. Setiap jadual waktu yang Lulus hasil Test akan dijana dengan baik. Manakala jadual waktu yang Gagal hasil Test, kita boleh semak kembali mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan syarat card relationship kita atau parameter.

Read more: Menjana jadual waktu

Hubungan setiap subjek

Untuk memudahkan guru menulis ringkasan mengajar bagi subjek yang sama tetapi kelas yang berlainan, kita boleh tetapkan subjek guru tersebut pada hari yang sama. Sebagai contoh, seorang guru mengajar Dunia Sains dan Teknologi kelas Tahun 1 Merah dan 1 Kuning. Untuk meletakkan jadual waktu DST tersebut jatuh pada hari yang sama, kita gunakan Card Relationship.

Read more: Hubungan setiap subjek

Pengesahan penjanaan

Selepas jadual waktu dijana oleh sistem, sistem akan memaparkan ruangan pengesahan (verification). Mana-mana kriteria yang tidak dapat dipenuhi dipaparkan di ruangan ini. Sebagai contoh lihat ruangan di bawah. Saya telah menetapkan agar kepenatan guru (Check Exhaustion) adalah 2 waktu sahaja, namun, guru tersebut ada 3 waktu berterusan. Kita boleh pertimbangkan jadual waktu ini efektif kerana hanya seorang guru yang 3 waktu berterusan, yang selebihnya menetapi kriteria 2 waktu diselangi rehat.

Read more: Pengesahan penjanaan

Setting asas Parameter

Mungkin ada guru yang mempunyai 5 waktu secara berterusan, ini bermaksud guru tersebut mengajar 2 1/2 jam tanpa rehat. Bolehkah kita mengelakkan perkara ini terjadi? Ya? Tidak? Memang tidak dinafikan kebanyakan sekolah di negara kita sudah pun membeli dan melaksanakan sistem jadual waktu berkomputer menggunakan perisian aSc TimeTables ini. Tetapi jika setting parameter kita adalah tidak tepat, perkara di atas boleh terjadi. Cuba lihat taburan jadual waktu di bawah sebagai contoh.

Read more: Setting asas Parameter

Mengehadkan bilangan waktu sehari

Ada guru yang mengeluh terpaksa mengajar 8 Waktu pada hari tertentu, sebaliknya pada hari-hari lain pula waktu guru tersebut ada yang 3 waktu, 4 waktu, 5 waktu. Waktu yang diterima tidak sekata.

 

Untuk mengelakkan jadual waktu yang dijana menimbulkan rasa tidak puas hati guru berkenaan, pada Specification>Teacher> Klik nama guru dan klik Detail. Setkan bilangan waktu minima sebagai contoh 4 dan maksima untuk satu-satu hari adalah 6. Klik Set for all untuk setkan semua guru mempunyai had waktu yang sama untuk sehari. Namun, ia mungkin tidak praktikal kerana ada guru yang luar norma (sebagai contoh Guru Media) hanya mungkin taburan waktunya hanya 2 atau 3 waktu sehari.

Memasukkan kontrak guru

Setelah mencipta mata pelajaran dan kelas, anda perlu menambah rekod guru. Untuk tujuan ini, saya tidak akan menjelaskan secara terperinci bagaimana hendak menambah mata pelajaran, kelas dan guru. Sebaliknya, saya ingin fokuskan kepada bagaimana hendak meletak minit guru (kontrak) dalam sistem ini.

Read more: Memasukkan kontrak guru

Perisian aSc Timetables

Saya mencadangkan agar semua sekolah menggunakan perisian aSc TimeTables ini kerana ia mudah digunakan. Di samping itu, perisian ini juga didatangkan dengan perisian aSc Substitution (untuk tujuan guru ganti/relief). Untuk mendapatkan perisian ini...

Read more: Perisian aSc Timetables

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

IT Freelancer

Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer VDI Lab
Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
azfaiz@gmail.com

Menerima jemputan sebagai penceramah SPS/Frog VLE/ICT/VDI Thin Client (Virtual Desktop Infrastructure)

Siapa Online

We have 96 guests and no members online