Memasukkan kontrak guru

Setelah mencipta mata pelajaran dan kelas, anda perlu menambah rekod guru. Untuk tujuan ini, saya tidak akan menjelaskan secara terperinci bagaimana hendak menambah mata pelajaran, kelas dan guru. Sebaliknya, saya ingin fokuskan kepada bagaimana hendak meletak minit guru (kontrak) dalam sistem ini.

 

 

 

 

Setelah memilih Teachers dari tab Specification, klik nama guru dan klik kontrak. Tekan New Lesson untuk memasukkan bilangan minit guru. Sebagai contoh, 10 waktu Bahasa Inggeris KSSR perlu diassign 5 Double, bermaksud terdapat 5 waktu yang double period (1JAM).

Bagaimana pula dengan Muzik KSSR? Ya, Declarekan 1 Single kerana hanya 1 Waktu seminggu. Matematik KBSR? Ya, Declarekan 3 Double dan 1 Single untuk membawa maksud 7 Waktu seminggu.