Setting asas Parameter

Mungkin ada guru yang mempunyai 5 waktu secara berterusan, ini bermaksud guru tersebut mengajar 2 1/2 jam tanpa rehat. Bolehkah kita mengelakkan perkara ini terjadi? Ya? Tidak? Memang tidak dinafikan kebanyakan sekolah di negara kita sudah pun membeli dan melaksanakan sistem jadual waktu berkomputer menggunakan perisian aSc TimeTables ini. Tetapi jika setting parameter kita adalah tidak tepat, perkara di atas boleh terjadi. Cuba lihat taburan jadual waktu di bawah sebagai contoh.

 

Merujuk kepada jadual waktu di atas, pada hari Isnin, guru ini mungkin mempunyai mood yang paling tidak seronok mengajar, kerana terpaksa mengajar selama 2 jam 30 minit tanpa henti. Pada hari Rabu dan Jumaat, guru tersebut terpaksa mengajar selama 1 jam 30 minit tanpa henti. Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah anda mampu mengajar selama mana guru tersebut mengajar di dalam kelas? Jika boleh, bagaimana pula dengan sekolah-sekolah, di mana Pengetua/Guru Besar mengarahkan agar guru di dalam kelas tidak boleh duduk selama PDP dilangsungkan?

Bolehkah kita setting agar sekurang-kurangnya seseorang guru mengajar cuma 1 jam (2waktu) dan diselangi rehat. Kemudian masuk semula ke kelas untuk 2 waktu lagi, diselangi rehat, dan 2 waktu lagi (contoh untuk guru yang mengajar 6 waktu sehari = 30 waktu seminggu).

Jawapannya, BOLEH. Pergi ke tab Timetable>Parameters. Tikkan :

  • Generate different timetable
  • Check exhaustion
  • Allow 0 lesson
  • Check distribution 

Generate different timetable membawa maksud setiap kali jadual waktu dijana, taburan waktu adalah berbeza-beza dan sistem cuba untuk memenuhi kriteria yang kita tetapkan 100%.

Check exhaustion inilah penentu kepada kepenatan guru kita mengajar. Tikkan dan setkan sekurang-kurangnya 2. Ini bermaksud guru mengajar selama 2 waktu (1jam), kemudian diselangi rehat (masa senggang). Tidak akan ada waktu guru yang melekat 3 waktu atau 5 waktu (seperti jadual di atas).

Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

IT Freelancer

Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer VDI Lab
Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
azfaiz@gmail.com

Menerima jemputan sebagai penceramah SPS/Frog VLE/ICT/VDI Thin Client (Virtual Desktop Infrastructure)

Siapa Online

We have 44 guests and no members online