Menjana jadual waktu

Setelah kita tetapkan semua kriteria yang diingini, baik melalui card relationship atau setting parameter atau detail setiap guru, kita telah bersedia untuk menjana jadual waktu. Sebelum jadual waktu dijana seeloknya kita Test Timetable tersebut terlebih dahulu. Setiap jadual waktu yang Lulus hasil Test akan dijana dengan baik. Manakala jadual waktu yang Gagal hasil Test, kita boleh semak kembali mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan syarat card relationship kita atau parameter.

Untuk mendapatkan Jadual Waktu yang EFEKTIF, saya cadangkan agar Complexity of Generation disetkan LARGE dan Constraint disetkan STRICT. Jadual waktu yang dijana dalam mode ini mungkin mengambil sedikit masa, jadi jana dan tinggalkan PC anda untuk membuat urusan lain. Hasilnya mungkin tidak akan memenuhi kriteria yang kita inginkan buat kali pertama, janalah beberapa kali agar hasil jadual kita baik dan memuaskan hati semua guru di sekolah.

Berhati-hati terhadap waktu rehat berlainan tahap. Sebagai contoh, rehat tahap 1 bermula 9.40 hingga 10.00. Manakala rehat tahap 2 bermula jam 10.10 hingga 10.30. Guru yang terlibat mengajar tahap 2 dalam sela masa 9.40-10.10, turut mengajar tahap 1 pukul 10.00-10.30, akan ada waktu CLASH, waktu float, tiada guru dalam kelas tahap 1 tersebut.

Untuk menghindarkan masalah ini terjadi, buat masa ini, masa 4 hingga 5 haruslah disemak (selepas jadual waktu dijana).

Untuk setkan dalam card relationship, mungkin mengambil masa kerana kita perlu setkan setiap subjek tahap 1 dan setiap subjek tahap 2 serta guru yang mengajar kedua-dua tahap tersebut supaya waktu yang dijana TIDAK CONTINUOUS antara 4 dan 5. Saya akan tulis dalam artikel lain apabila saya berjaya menemui kaedah pengasingan guru yang mengajar 2 tahap berbeza ini.

Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Azharul Faiz Zainal Abidin
Penerima Anugerah Khas Guru Inovatif Negeri Perak 2015 sempena Hari Guru Negeri Perak 2015

IT Freelancer

Azharul Faiz Zainal Abidin
PPPS DG44 (KUP)
Penyelaras ICT (Bestari)/Guru Data/Penyelaras Makmal Komputer VDI Lab
Juruteknik
Pengaturcara PHP/MySQL
012-5798753
azfaiz@gmail.com

Menerima jemputan sebagai penceramah SPS/Frog VLE/ICT/VDI Thin Client (Virtual Desktop Infrastructure)

Siapa Online

We have 55 guests and no members online