Papan cerita menarik kunci utama video paling kreatif SKJB

Parit Buntar - Tanpa papan cerita, sesebuah produksi multimedia mungkin tidak akan ke mana. Tanpanya jua, reka letak skrin juga akan caca marba. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan multimedia. Skrin-skrin yang akan dipaparkan dilakar dan dihimpun dengan mengaplikasikan konsep reka letak.

Papan cerita atau storyboard produksi multimedia SK Jalan Baharu Parit Buntar membawa tuah apabila video yang dihasilkan dengan judul 'Memupuk Semangat Perpaduan di Sekolah' telah disenaraipendek antara lima finalis dalam Pertandingan Anugerah GPS Bestari Peringkat Kebangsaan (Kategori Video Paling Kreatif).

Puan Hajah Noriah binti Abdul Hamid selaku Guru Besar SK Jalan Baharu berasa bersyukur dan berasa gembira apabila sekolah tersenarai. Beliau berkata lagi, kekuatan pihak sekolah terletak kepada semangat berpasukan dan juga willingness. Sekiranya guru dan murid berminat, maka mereka akan berusaha untuk melaksanakannya dengan penuh komitmen. Hal ini amat bertepatan dengan moto sekolah iaitu 'Guru Bersungguh Murid Jaguh'.

Guru yang terlibat dalam pembikinan video ini ialah Puan Nor Azura binti Mohamed Shapri dan Encik Azharul Faiz bin Zainal Abidin. Menurut Puan Azura, penghasilan video ini menggunakan pendekatan model ADDIE:

  • Analysis (Analisis)
  • Design (Rekabentuk)
  • Develop (Pembangunan)
  • Implement (Pelaksanaan)
  • Evaluate (Penilaian)


sssDi dalam fasa analisis, objektif dikenalpasti iaitu untuk menghasilkan video bertemakan kasih sayang dan perpaduan tidak melebihi tiga minit. Keperluan video utama dan klip-klip video juga dikenalpasti.

Papan cerita kemudian dilakar dalam fasa rekabentuk. Jenis papan cerita yang dihasilkan adalah Papan Cerita Produksi (Production Storyboard). Setelah lakaran siap, kesesuaian kandungan dengan konteks yang ingin disampaikan disemak bersama.

Seterusnya, pasukan produksi akan melakukan kerja lapangan dalam fasa pembangunan. Setiap aktiviti dan program di sekolah dirakam melalui kamera video berdefinisi tinggi (HD) untuk kualiti video yang lebih baik untuk disunting. Menurut Encik Faiz, kandungan video yang mengandungi imej bergerak (motion image) adalah lebih baik berbanding kandungan video yang mengandungi imej pegun (still image). Beliau menggunakan teknik Extreme Close Up (ECU) di mana shot yang diambil menampilkan bahagian tertentu daripada sesuatu objek.

 

Setelah semua keperluan video mencukupi, video disunting dalam fasa pelaksanaan. Proses suntingan video menggunakan beberapa jenis perisian video. Menurut Encik Faiz, untuk video ini, beliau menggunakan tiga perisian iaitu Sony Vegas Pro, Adobe After Effect dan iMovie. Beliau memasang monitor kedua (external monitor) untuk keselesaan proses suntingan. Tambah beliau lagi, ada satu ketika, proses suntingan akan memerlukan lebih dari tiga monitor serentak.

Proses suntingan video memakan masa dua hari. Bermula dari fasa analisis hingga pelaksanaan, semua proses mengambil masa hampir seminggu, menurut Puan Azura. 

Hubungan maklumat daripada satu papan cerita ke papan cerita yang lain dapat dibina dengan baik. Produksi dimulakan dengan trailer klip video di sekolah disusuli latar belakang suasana di Malaysia dengan gaya naratif tersendiri. Shot temubual dengan Guru Besar adalah intipati utama video berbentuk naratif dokumentari ini diselang seli dengan klip suasana perpaduan di sekolah. Tidak dilupakan unsur kecindan sewaktu menemubual murid-murid pada akhir video.

Pengalaman dan kepakaran guru-guru pembimbing ini turut diperturun kepada pasukan inovasi ICT sekolah. Antara produksi multimedia lain yang mendapat kejayaan meluas adalah Video Sultan Nazrin (Pemenang Merit Best of Primary Students Project MSC Malaysia APICTA 2015, Johan Video Inisiatif Aman Jaya KPerak 2015, Pingat Emas iCompex 2016). Video Sultan Nazrin turut terpilih untuk mewakili Malaysia ke International APICTA 2015 di Colombo Sri Lanka. Uniknya, video Sultan Nazrin dihasilkan menggunakan teknik blue screen (juga dikenali sebagai green screen).

 

Berbalik kepada video paling kreatif, fasa penilaian telah pun bermula, di mana video yang dihasilkan telah dikongsi (share) dalam media sosial Facebook dan disenaraipendek oleh GPS Bestari. Video yang sama telah dimuatnaik oleh GPS Bestari dalam Youtube (Pautan terus di https://youtu.be/VqLEG-Dez30). Atau boleh lihat video di bawah:

Share

Add comment


Security code
Refresh

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Pengalaman Inovasi merupakan ruangan baru untuk Cikgu Faiz berkongsi pengalaman inovasi beliau. Diwujudkan sejak awal tahun 2016. Pengalaman inovasi akan ditambah dari semasa ke semasa (pengalaman sejak tahun 2007 hingga KINI).

Siapa Online

We have 94 guests and no members online