MAPS Perak : Apa yang menarik

Saya jarang menulis perihal bukan teknologi, tetapi atas dasar anak jati Perak, dan taman tema ini terletak di negeri Perak, maka terpaksalah saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang menariknya di MAPS Perak ini ya. 

Apa itu MAPS? Ia adalah singkatan kepada Movie Animation Park Studios. Terletak berhampiran Mydin Mall Meru Raya Ipoh. Hotel yang terdekat adalah Casuarina @ Meru. Boleh bayangkan tak dekat mana taman tema ni? 

Ok di sini saya sharekan lokasi nya.

MAPS Perak

From Address:

Jadi, dah tau lokasi taman tema, next thing is dekat mana nak tidur ye dak. Dalam peta di atas dah boleh nampak nama hotel. Ada juga beberapa hotel bajet di sekitar Mydin Mall. Kalau datang beramai-ramai, duduk di homestay mungkin lagi jimatkan. Homestay yang terdekat kena google sendiri la ye. Cuma kalau sanggup drive dalam 30 minit, saya ada homestay untuk dipertimbang, area Panorama Lapangan Perdana (Treetops Condo/ Treetops Homestay).

Tak le jauh mana, kalau drive nak ke MAPS, dari Treetops keluar ikut Kampung Rapat lalu belakang Megoplex Jalan Gopeng (Billion). Kemudian straight pergi ke Tiger Lane (Jalan Sultan Azlan Shah). Dari Tiger Lane, hala ke Aeon Kinta City/JPJ dan masuk lebuhraya (tanpa bayaran) dan terus ke taman tema. ATAU nak mudah, taip sahaja Lapangan Perdana 19 dalam medan From Address dan tekan butang Get Route. Treetops Homestay buat masa ni sedang dinaiktaraf, jadi segala tempahan dibekukan sementara ya. Untuk maklumat lanjut berkaitan Treetops Homestay, sila lihat artikel ini Treetops Homestay (Treetops Condo).

Ok, berbalik kepada cerita MAPS Perak, apa yang menariknya di sini. Macam taman-taman tema lain, untuk mempercepat proses kemasukan (check in) ke dalam MAPS Perak, anda dinasihatkan agar beli tiket online dan print sendiri (e-tiket). Harga semasa boleh dilihat di sini https://ticketing.mapsperak.com. Ya, lebih mudah kita beli online berbanding beratur panjang untuk membeli tiket. Kami sekeluarga pergi ke Legoland Johor pada tahun 2015 pun, kami gunakan kaedah yang sama (e-tiket).

Tiket boleh didapati sama ada Day Pass, atau Annual Pass. Untuk warga Perak, sejak tahun lepas (2016) telah dibuka promosi Perak Pass. Jadi saya sekeluarga ambil pakej Perak Pass (bajet nak bercuti di Ipoh sahaja dalam tempoh setahun 2017-2018 nanti, hehe). Waktu promosi 2016 dulu, beli 3 tiket Perak Pass free 1 tiket Perak Pass. Sekarang tak pasti masih ada lagi promosi macam tu.

26 Jun 2017 hingga 2 Julai 2017 (Soft Opening MAPS Perak)

Nak redeem gift dan kad tiket untuk Perak Pass atau Annual Pass, ambil masa juga di kaunter tiket (lebih kurang 30 minit. Ini hanya untuk pembeli tiket tahunan sahaja ya). Tiket Day Pass pon panjang juga queuenya, tapi seperti yang saya sarankan tadi, elok beli online shj, jimat masa beratur sbb nak main kat dalam taman tema, kena beratur juga untuk setiap game tu. 

Yang lamanya di kaunter tiket untuk Pas Tahunan ni sebab diorang baru nak cetak kad keahlian (gambar atas). Just tunjukkan tiket sementara (gambar lupa ambil, dulu beli di AEON Kinta City depan supermarket). Kerani akan key-in, scan, ambil gambar, scan cap jari setiap ahli keluarga. Namun, proses ini HANYA SEKALI SAHAJA. Next visit, terus beratur untuk masuk dan scan manual beg-beg terus.

Di sini saya ringkaskan langkah tebus kad Pas Tahunan (bagi mereka yang belum ada, belum tebus. Tak wajib ada pun takpe, boleh beli sahaja Day Pass)

  • Beratur di kaunter tiket (rujuk signboard Annual Pass/Perak Pass)
  • Sediakan MyKad dan MyKid ahli keluarga
  • Gambar pemegang MyKad digunakan untuk kad keahlian MAPS Perak. Untuk pemegang MyKid, gambar diambil menggunakan WebCam di kaunter
  • Lagi ramai ahli keluarga, lagi lama proses penyediaan kad keahlian. Jadi, banyakkan bersabar di kaunter terutamanya yang ada anak-anak kecil

Dah siap kad keahlian, boleh terus bergerak ke kaunter check in barang (scan manual). Ada la runner yang bertugas buka beg, selak-selak begitu sahaja. Difahamkan botol air mineral pun tak boleh bawa masuk.

Ok itu sahaja proses yang bagi saya ONE-OFF proses. Next visit, tak yah le beratur panjang gitu. Gunakan kad keahlian untuk masuk.

Kad keahlian akan discan (QR Code) pada pintu check in. Dan ibu jari juga akan discan. Adakah ini dua (2) langkah keselamatan agar kad keahlian tak disalahguna oleh orang lain? Hehe.... Asalnya dulu beli pas tahunan memang ingat nak pass-pass ngan saudara mara, tapi 2 tier security check-in ni pon udah nampak macam susah je... Haha

Untuk Day-Pass, proses pembelian tiket boleh dibuat di kaunter tiket  (atau beli e-tiket). Harga tiket Maps Perak, ada yang kata mahal, ada yang kata sederhana. Ada yang kata tidak mahal. Ia adalah subjektif, jika mampu, beli sahaja. Jika tidak, tak perlu masuk taman tema ini, cari taman tema yang seumpamanya yang lebih murah.

  • Terus beratur untuk masuk (dengan anggapan sudah beli tiket)
  • Bergerak ke kaunter scan barang (scan manual)
  • Scan tiket di pintu check in taman tema

 

Parking so far masih free, dan banyak lot parking. Cuma kalau dah banyak kereta, kena juga parking di hujung-hujung. Macam saya, saya drop dulu family di entrance Maps, suruh mereka beratur tebus tiket, kemudian pergi cari parking. Kami singgah pun dah petang, pukul 3 lepas Jumaat. Untuk yang ambil Day Pass, dinasihatkan agar anda sampai awal 9-10 pagi. Maps Perak dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam (cuti sekolah dan hujung minggu). Hari biasa tutup pukul 6 petang.

Berikut adalah scenery utama taman tema MAPS Perak. Kalau pergi pagi dan hari kebetulan cerah, anda memang perlukan payung atau at least topi untuk anak-anak anda. Tapi dalam mana-mana retail shop dalam taman tema ada juga dijual topi dan payung, just kena sediakan tunai lebih sedikit la, hehe.

 

Mula-mula masuk sahaja, anak-anak akan lebih tertarik kepada warung kopi Tok Aba Kokotiam. Lokasi retail ni adalah di sebelah kanan center stage. Jadi kami pon masuk dulu sini sebelum main mana-mana games yang lain sebab terlajak dahaga. Yelah, menapak dari kaunter tiket ke centrel stage sini punya la jauh, dalam 100-150 meter rasanya (dengan keadaan panas, nasib kami berpayung anak beranak).

Jadi kami spent 10 minute sini. Kami redeem gift topi instead baju (ahli tahunan Maps Perak) sebab topi boleh semua orang pakai, kalau baju hanya seorang sahaja.

  

Warung Tok Aba ni bersambung dengan pintu keluar Boboiboy 4D. Jadi, jangan terkejut bila anda sedang sibuk window shopping dalam retail ni, tiba-tiba ramai orang berduyun-duyun muncul entah dari mana. Pintu masuk Boboiboy di sebelah kanan warung Tok Aba (kena keluar kedai dulu dan menapak ke kanan). Macam biasa, orang ramai, kena beratur lagi la ye.

Banyak zon-zon yang boleh dikunjungi dalam masa sehari. Asalkan anda datang awal, mungkin sempat semua zon anda main. Di sebelah kiri center stage, Smurf Village menjadi tarikan utama. Sebelum Smurf Village, adala spaceship besar, rupanya restoran, hehe. Tempat main area spaceship mostly untuk budak-budak besar, kalau anak-anak kecil nak main, kena ditemani orang dewasa. Ada satu lagi zon khas untuk anak-anak kecil, di sebelah kanan center stage (ada gambar akuarium). 

Rujuk gambar di atas, di belakang kami adalah centre stage, di sebelah kanan gambar (bangunan biru, gambar akuarium) sesuai untuk anak-anak kecil. Tapi saya nasihatkan, nak masuk situ, elok last sekali untuk anda kunjungi sebab bila anak-anak dah masuk, rasanya susah nak keluar tengok tempat lain dah tu, hehe. So, elok layan Boboiboy 4D atau layan Smurf Village, ada juga show di sana. Boleh tengok Papa Smurf berlakon, hehe. Maskot Smurfette, Brainy dan Clumsy ada berkeliaran di area sana. Smurf Theatre? Bagi yang pernah menyaksikan Ninjago Theatre di Legoland Johor, nampaknya Smurf Theatre masih jauh ketinggalan. Penampilan maskot Papa Smurf dan seorang hos wanita jauh berbeza dengan persembahan Ninjago Legoland (walaupun pentas Smurf dihias seakan-akan tema Ninjago). Hampa sedikit, tapi asalkan anak-anak suka lihat maskot yang bergerak dan bercakap-cakap (secara miming), itu sudah cukup.

   

Banyak lagi tempat-tempat main di setiap zon. Asalkan sanggup beratur dan menunggu, dan lepas main boleh pula beratur semula untuk main kali kedua, ketiga, keempat, hehe.

Part-part lain belum explore habis, next visit sahaja sebab hari tu datang just nak redeem rewards sahaja dulu, tapi termasuk juga la barang satu dua mainan, haha. Standby la towel, sebab kat area kanak-kanak ni (gambar atas), boleh mandi shower. Jangan lupa baju sepersalinan pula, hehe. So far, nampak budak-budak je mandi (mungkin seharian duduk dalam taman tema ni), orang dewasa kalau nak mandi tak pasti boleh join ke tak open shower ni. Tandas pun ada area-area sini.

 

Coral Kingdom ni yang saya cakap mula-mula tadi. Kalau masuk awal-awal, mesti budak-budak tak nak keluar dah. Dalam ada playground yang pelbagai, dengan suasana yang sejuk, memang kita yang dewasa pun macam tak nak keluar dah, hehe. Ada restoran dalam ni, boleh la makan pau, atau pastri. Kitorang makan situ sambil tunggu budak-budak main hingga penat.

Ok, rasanya itu sahaja yang dapat saya share, sebab tak main dengan betul-betul lagi. Sekadar singgah selama 3 jam. Seeloknya datanglah sebelah pagi dari pukul 10 pagi dan keluar jam 6 petang (atau 10 malam hujung minggu/cuti sekolah).

Saya akan update artikel baharu setelah semua zon kami terokai. Tunggu!

Share

Cikgu Faiz

Cikgu Faiz is a founder of teknologihijau.net. He is a web designer, system/apps developer and technopreneur. teknologihijau.net is a FREE knowledge sharing and contributions for readers to solve problems, learn new technology, innovate and hang out. He is currently developing mobile learning so called My M-Learn (web based and android version) and PBPPP Record Keeping SystemCikgu Faiz has been awarded Read more...

5 Gold 5 Silver 2 Bronze 1 System/ App Winner 1 Merit Winner/ 6 Times Finalist Finalist   Speaker   App Developer
 

Siapa Online

We have 47 guests and no members online